Friday, January 13, 2012

Jangan biar Umno sampai jadi macam DAP


By Helen Ang
Dr Mahathir Mohamad dan kelompok Dilema Melayu asyik merintih yang kaum Melayu kononnya “tidak bersatu”.
Namun lihat dahulu pada kesan perpaduan kaum Cina sebelum Melayu mahu mengejar cita-cita menyatukan bangsa.
Di kalangan pemilih Cina sudah tidak ada semak dan imbang. Masyarakat Cina sekarang seia-sekata, sehati sejiwa dengan DAP. Hari-hari MCA dan Gerakan dibalun.
Pemilih Cina juga begitu ghairah menyambut tamat hayat MCA yang diramal mereka pasti lingkup tidak lama lagi.
Gerakan pula menunggu pupus.
Parti majoriti Cina SUPP di Sarawak kalah teruk manakala DAP menang besar dalam pilihanraya negeri pada bulan April lalu.
Nasib yang menimpa parti-parti BN berkeahlian Cina adalah ekoran kaum Cina bersatu memberi sokongan padu kepada DAP.
Yang paling lantang mengutuk MCA dan Gerakan ialah golongan Cina sendiri.


dougtan.blogspot.com
Dan yang paling kuat menyepak terajang MCA ialah Cina Kristian.
Contohnya ambil nukilan seorang ahli DAP bernama Douglas Tan – bergambar dengan Lim Guan Eng (screenshot atas).
Rencana Douglas di serata alam siber:

Pembaca 'GEMBIRA' dengan semangat sedia bertempur DAP
Dalam ‘Pumped-up DAP ready for combat‘ di FMT hari ini, Douglas menyingkap perhimpunan agung partinya yang berlangsung Ahad lepas.
Dia menggambarkan betapa acara tahunan DAP itu berjalan dengan rancak sekali (“massive surge of positive energy”) di dalam sebuah dewan yang berkumandang dengan “a huge amount of optimism” — maksudnya DAP berkeyakinan penuh bahawa masa depan parti amat cerah.
Barangkali ada pun di antara pemimpin evangelis DAP yang sudah berangan-angan jadi Pak Menteri.
Dalam rencananya, Douglas menulis bahawa DAP dan rakan-rakan Pakatan menjangka akan menang 9 negeri dan membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum nanti.
“DAP members are beginning to accept the idea of Anwar becoming the next prime minister as they are now, more than ever, determined to remove the Barisan Nasional regime from Putrajaya,” ulas Douglas dalam kolum FMTnya.
“Perhaps the highlight of the event was the speech delivered by secretary-general Lim Guan Eng. In the most pumped-up speech I have seen him give thus far, he outlined the party policy as well as the goals come the general election.”
Selain memetik ucapan Guan Eng yang berkobar-kobar tentang pencapaian Pulau Pinang – negeri contoh yang “lebih bersih, lebih hijau dan lebih selamat” daripada jiran-jirannya – Douglas juga memuji setiausaha-agung DAP itu yang didakwanya tidak menyerang lawan (bukan seperti perangai si Umno).
Guan Eng bersifat “tactful and gracious”, tulis Douglas.
Guan Eng berhemah dan mengelak daripada membuat serangan terhadap mana-mana parti komponen BN ataupun memfitnah lawan,” tambahnya lagi.
Membandingkan gelagat perwakilan Umno yang bersifat negatif dengan pemimpin DAP yang berintegriti, Douglas berkata sidang yang disaksikannya “is in stark contrast to the Umno general assembly which had effectively turned into an anti-DAP mud-slinging rally”.
Unjuran bagi orang pro-Umno
Hasil daripada perpaduan orang Cina ialah ‘manufactured consensus’, iaitu Cina kian sebulat suara menentang BN.
Untuk mengekalkan middle ground (moderat di tengah), hendaklah ada suara Cina menyemak dan mengimbangi suara Cina. Namun ini tidak lagi dimungkinkan kerana masyarakat Cina yang bersatupadu bersama DAP tidak membenarkan suara sumbang kedengaran tentang parti itu.
Mereka juga bersikap pilih kasih, yakni gerombolan Malaysian First tidak boleh disalahkan walau apa jua mereka buat.
Pembaca pasti kenal bagaimana nada komentar Cina di media alternatif. Tengok sahaja bagaimana masyarakat Cina sepakat menggusari sesiapa yang mengkritik DAP. Orang Cina yang anti-DAP dituduh pengkhianat bangsa.
The Chinese love winners.
Oleh kerana winning streak yang kini dikecapi DAP, ahli-ahli MCA peringkat bawahan sudah mula keluar parti.
Kalau Chua Soi Lek benar-benar mengotakan janji supaya partinya tidak menerima apa-apa jawatan kerajaan andaikata MCA gagal meraih undi Cina, maka sokongan terhadap MCA akan lagi merudum pasca-PRU13.
Berpalinglah ahli-ahli peniagaan Cina semua kepada DAP sepertimana yang sedang para pemaju hartanah lakukan di Pulau Pinang.
Tinjauan scenario orang Melayu
Pada masa ini, saya tidak nampak orang Melayu begitu taksub kepada Najib Razak. Sekiranya kaum Melayu mengikut arus kaum 1Cina, tidak mustahil ketua Umno akan dipuja orang Melayu sepertimana Guan Eng disembah masyarakat Cina.
Kesetiaan kebanyakan orang Cina sudah tidak berbelah bahagi. Jelas tertumpu kepada DAP.
Penulis-penulis dan blogger-blogger Cina pantang mengkritik DAP kecuali seorang dua yang berada di Star dan itupun kritikan lembut.
Penulis-penulis dan blogger-blogger Melayu mungkin pantang mengkritik Umno kelak sekiranya kaum Melayu bersatu di bawah satu payung.
DAP dikuasai puak evangelis. Adakah nanti Umno akan tunduk kepada kelompok lebai (seperti pernah Pak Sheikh dijulang) jika Melayu PAS bersatu dengan Melayu Umno?
Dalam sistem dua parti di Amerika Syarikat dan di Britain, orang putih bukannya bersatu dalam satu parti untuk menentang orang kulit hitam dan orang keturunan Asia dalam parti yang satu lagi. Masih orang putih parti Republican melawan orang putih parti Democrat; orang putih parti Tory-Liberal menentang orang putih parti Buruh.
Demokrasi lebih subur dengan adanya semak dan imbang.
Pengajaran sejarah menunjukkan yang gila bersatu atas nama bangsa ialah Nazi dan orang Jepun zaman Perang Dunia II.

1 comment:

  1. Ariff Sabri ‘orang’ Najib dalam DAP?

    January 13, 2012

    DAP harus berhati-hati dengan ahli baru, Mohd Ariff Sabri Aziz kerana beliau dipercayai orang kepercayaan Najib, yang masih mengunjunginya di Putrajaya.



    http://www.freemalaysiatoday.com/2012/01/13/ariff-sabri-orang-najib-dalam-dap/

    ReplyDelete